Nur Atika Mohd Haris
28 March 2013 ·
Mata celik daripada mati yang sebentar. “Alhamdulilah…Allah bangunkan aku lagi hari ini..” Gembiranya hari ini! Berpaling ke kiri melihat Aisyah yang masih terus nyenyak dibuai mimpi.
Hari ini adalah tarikh keramat bagiku. Amat istimewa buat insan yang teristimewa dalam hidupku.
Usai solat zohor. Bersiap-siap untuk keluar.
Meminta adik kesayanganku menjaga AdaSha sebentar. Kuntuman manis darinya dihadiahkan buatku.
Berjalan-jalan di luar mencari hadiah yang sesuai buat insan yang dimaksudkan…walaupun si dia tak pernah meminta hadiah daripadaku.
***********************
Balik ke rumah, ku lihat insan intimewa ini sedang duduk di atas tikar sejadahnya.
“Selamat hari jadi, umi..” Aku berjalan mendekatinya, mencium tangannya..tangan yang selama ini mengasuhku penuh dengan kasih sayang.
Tangan yang mengangkatku tika aku hampir lemas tak berdaya dek arus ombak dunia yang amat kuat. Tangan yang mengelap air mataku pabila aku tak kuat menerima ujian dunia. Tangan yang mendidikku, yang membesarkanku dengan penuh kesabaran hingga aku dipanggil ‘umi’.
Hebatnya wanita dihadapanku ini. Walaupun terkadang ketegasannya turut meraih air mataku untuk mengalir tapi dialah insan yang paling menyayangiku di dunia ini. Betapa hebat wanita ini kerana sanggup memikul tanggungjawab seorang ayah disamping gelaran ibu yang digalasnya kerana abah telah pergi ketika aku masih kecil. Umi terus mendidik aku dan adik beradikku hingga kami tak begitu rasa kehilangan seorang ayah.
************************
Mengimbau kembali saat-saat yang begitu menghiris hatiku saat AdaSha lahir ke dunia ini. Aku terbaring lemah melihat umi dan kakakku berjalan ke arahku. Kemudian dua orang juru rawat datang kepadaku dan memberi buah hatiku itu ke padaku. Mujahidah yang kuberikan nama, Rabiatul Adawiyah dan Aisyah Humaira. Aku mengucup mereka dengan perasaan yang aku sendiri tak boleh ungkapkan. Mungkin inilah perasaan seorang ibu terhadap anaknya. Hanya ibu yang dapat memahami perasaan ini. Umi bertanya padaku. “Anak-anak Tika ni dah di Iqamahkan atau belum?” Entah mengapa aku berasa sayu mendengarnya. Aku hanya menggelengkan kepala. Umi lalu mengiqamahkan kedua-dua buah hatiku itu. Bertambah sayu hatiku.
Doktor datang kepadaku dan bertanya tentang ayah kepada AdaSha.. “Dia pergi outstation doctor.” Entah mengapa itu jawapan yang lahir dari lisanku.
***********************
Alhamdulilah….di sekelilingku di penuhi wanita-wanita besi yang menjadi penyuntik semangatku. Walaupun AdaSha tak pernah menatap walau sesaat wajah ayah mereka tapi mereka dipenuhi dengan kasih sayang yang amat hebat dari Allah..jiran-jiranku semuanya sayang pada AdaSha.
Benar…Allah tak kan uji hamba-Nya jika hamba itu tak mampu. Dalam kepayahaN, Allah hadirkan kemudahan..Allah amat cintakan hamba-Nya..hanya kita terus melupakan-Nya. Buka mata hati…lihatlah..betapa Allah cintakan kita..cinta yang pasti berbeza dengan cinta makhluk.
Terima kasih Allah..kerana menghadiahkan insan-insan istimewa di sekelilingku…terutamanya mujahidah kecilku…
https://www.facebook.com/photo.php?fbid=10200861574482864&set=a.4582269475986.2185350.1269434289&type=1
Powered by Blogger.
0 comments:
Post a Comment