Cerita keduapuluh lapan

Nur Atika Mohd Haris
9 January 2013 ·

Assalamualaikum wbt sahabt seperjuangn sekalian..Alhamdulilah kelmarin lepas saya mendapat warkah ‘istimewa’ dari insan yang memang sy kenali budi bicaranya. Sebelumnya saya memang dikhabarkan akan menerima warkah tersebut dan dinasihati agar menahan diri daripada menangis pabila membaca tulisan dalam helaian kertas itu. Jadi saya membawa warkah tersebut ke sekolah. Tak mahu membacanya di rumah.

Hati melonjak-lonjak ingin membacanya, ingin mengetahui isi kandungannya. Namun saya terus menahan diri daripada membuka sampul surat tersebut. Saya mengambil keputusan membacanya seusai solat zohor di sekolah, lalu surat tersebut pun di bawa ke surau.

Seusai berdoa saya renung surat tersebut dan berteka-teki dengan isi kandungannya. Bimbang pula saya akan menangis selepas membacanya seperti yang ditafsir insan istimewa itu. Namun akhirnya, saya membuka jua sampul berwarna coklat itu dan memegang erat helaian tersebut. Memandang kiri dan kanan..Alhamdulilah..guru lain tiada.

Surat ini dihantar oleh salah seorang isteri MR R kepada saya. Pasti MR R tahu siapa…dan saya yakin MR R juga berteka-teki dengan persoalan bagaimana warkah tipu dayanya kepada wanita tersebut boleh sampai ke tangan saya. Jawapannya hanya satu, kerana itu yang dikehendaki Allah. Sebijak manapun insan mengatur tapi aturan Allah akan berlaku.

Beberapa nama saya ubah melainkan satu nama sahaja yang tak di ubah bagi mengelakkan insan2 ini diganggu. Inilah isi kandungannya. Tiada yang saya ubah melainkan beberapa nama2 tersebut. Nama yang saya ubah saya letak dalam kurungan ( ) :

Buat insan yang disayangi…
Pertama sekali ampun maaf dari B di atas perkara yang berlaku. Tidak terlintas di hati untuk menipu atau membohongi (sofea). B bimbang kalau B beritahu keadaan sebenar (sofea) akan tolak lamaran B. Tapi B silap. Apa yang dah terjadi semua di atas silap B.

Biarlah B berterus terang melalui surat ini. B bimbang bila berhadapan akan salah faham lagi. B bukanlah manusia yang baran dan pemarah. Tapi akhir-akhir ini B tak tahu kenapa jadi macam ini.
Dengan nama Allah, B buat pengakuan yang sebenar-benarnya. Dulu pada tahun 2002 B pernah bernikah dengan seorang wanita bernama (Syafiqah)..Kami dikurniakan 2 org cahaya mata. Tapi perkahwinan kami bertahan lebih kurang 2 tahun. Ini disebabkan campur tangan keluarga. B langsung tidak diberi hak untuk melihat anak B sampai sekarang. Tapi B tidak salahkan (Syafiqah). Dia seorang yang baik..Dia pun tidak pernah salahkan B. Walaupun dia sudah berkahwin lain…
Selepas itu perkahwinan ke 2 B dengan seorang perempuan bernama (Sarimah)…Dia adalah seorang janda anak seorang. Perkahwinan kami tidak direstui keluarga (Sarimah). Akhirnya dia ajak B bernikah..Tapi pernikahan di sempadan. Kami dikurniakan 3 cahaya mata. Sebelum pernikahan kami, (Sarimah) berkawan seorang lelaki bernama (Saiful). Rakan satu tempat kerja dengan dia. Mereka pernah melakukan perkara yang dilarang. Pengakuan itu telah dibuat oleh (Sarimah) sendiri di hadapan B dan bukti pita rakaman suara. B tahu semua ini selepas pernikahan. Tapi B manusia biasa.. Tidak berhak menghukum sesiapa. B terima seadanya (Sarimah).

Tetapi dalam tempoh perkahwinan kami bermacam-macam yg berlaku. B pernah di halau dari rumah berkali-kali..Pernah dicaci, maki hamun dengan perkataan B_ _ _i , S_ _l , Ce_ _ _a(perkataan yg tak dapat saya paparkan). Tapi B diam kan diri sahaja. B hanya mampu. B hanya menitis air mata. B cuba bertahan dengan sikap dia. Dia juga berhubung dengan kawan lelaki dia yang lama bernama (Shafiq). B pernah terbaca dalam diari yg dia suka lelaki itu. Tapi B diam juga. Sampailah dia terkantoi sms dan perbualan telefon dengan lelaki itu. Tapi dia tak mengaku. Di sebabkan perbuatan dia juga la, B meringkuk di dalam penjara. Perkara ini berlaku bila mana B pernah bekerja part time di sebuah syarikat umrah. Dia berpakat dengan majikan tempat B bekerja untuk kenakan B. Bila mana B dituduh mengambil wang syarikat sebanyak RM4000. B dituduh pecah amanah. Demi Allah, B tidak pernah mengambil wang tersebut dan komisen wang dari jemaah umrah B tidak pernah dapat 1 sen pun. Sehinggalah pada pagi esoknya majikan B bersama pekerjanya datang ke rumah (Sarimah) dalam keadaan B tengah tidur. Mereka masing-masing berpakat. Di hadapan (Sarimah) dan anak2 B dipukul teruk dan (Sarimah) hanya memandang buat tak tahu. B dihered, dipukul, di terajang, di sepak. Tapi hanya memandang biasa pada B dalam keadaan B kesakitan, Sebenarnya B telah di kambing hitamkan. Orang yang mengambil wang tersebut melarikan diri terlebih dahulu. Tapi alhamdulilah, B yakin Allah bersama B..Kes B digugurkan. Peguam minta B jangan bisingkan pada sesiapa. Untuk pengetahuan (Sofea), (Sarimah) pernah berkata, dengan sesiapa pun B berkawan, berkahwin atau dimana tempat B bekerja dia akan burukkan B dan jatuhkan maruah B denga kes-kes B. Sebab itulah B tidak boleh beritahu perkara sebenarnya di mana B bekerja, di mana rumah B, apa kenderaan yg B guna. Sampai sekarang bermacam2 cara dia cuba nak jatuhkan B dengan apa jua fitnah untuk mengaibkan B.

Dengan sikap dia yang membuatkan B kecewa, b buat keputusan berkahwin dengan Nur Atika. Dalam tempoh perkahwinan itu bermacam-macam B di duga.(Sarimah) dapat tahu B berkahwin dengan Nur Atika. Bila mereka berhubung, saling rapat mereka berpakat kenakan B. B tahu melalui bil2 telefon dan sms2.

Nur Atika mula bercakap macam2 terhadap B. B diamkan diri sahaja. Pada masa yang sama bila B aajak Nur Atika berpindah bermacam2 alasan di berikan. Setiap kata2 B semuanya di bantah. Mula tidak hormat B. Aibkan B pada kawan2 B. Aibkan B dengan family dia. Sehinggalah dia mohon fasakh di mahkamah. Paling menyediahkan bila B masuk hospital, dia datang bukan untuk melawat tapi mohon percepatkan perceraian. Waktu B sakit di rumah, makan, minum, pakai B langsung tak dipeduli. Tapi kesalahan B tetap Nampak. Sehinggalah Bila Atika mengandung, dia bekeras mohon dilepaskan. Jadi sewaktu itulah b lafazkan takliq.
(Sofea)…

Apa dosa B? Apa silap B? Tapi B terima semuanya dengan redha. Salah ke B nak mencari kedamaian, ketenangan di hati B bila B menikahi (Sofea). B dah berjanji inilah yang terakhir pernikahan B dengan insan bernama (Sofea). B mengharapkan yang terbaik kali ini.
B sayangkan dengan kehidupan kita. Janganlah terpedaya dengan kata2 prang 100 peratus. B akui mungkin ada yang betul ada yang tidak betul. Kalau yang betul B akui tapi yang tidak betul ampun maaf banyak2 B tak dapat nak akui.

Kalau kita berpisah syaitan, iblis paling seronok. Insan2 sekeliling yang nak tengok kita berpisah lagi seronok. Mereka dapat kepuasan. Tetapi kita dapat kesengsaraan.
(Sofea)…

Walaupun kesalahan B tidak beritahu keadaan sebenarnya, tapi sekurangnya ingatlah secebis kebaikan yang B buat, ingatlah kenangan2 manis kita berdua sepanjang bersama.
Apa sekalipun B minta ampun maaf banyak2. Mungkin tak semua tercatat dalam luahan hati B ini yang tak dapat puaskan hati (Sofea).

B cuma nak bagitau, B bukanlah insan, manusia yang sempurna B bukanlah malaikat… B insane biasa yang tidak terlepas dari melakukan kesilapan. Bermacam-macam fitnah B terima, B terima dengan redha.

B juga nak (Sofea) tahu B tetap sayangkan (Sofea). B inginkan kedamaian, ketenangan yang akhir untuk kali ini. (Sofea) jagalah kesihatan, jaga diri (Sofea). B tetap selalu ingatkan ( Sofea).
Akhir kata, ampunkan dosa B. Maafkan B.

Dari Insan Yang Hina
(tanda tangan Mr R ) 7/9/2012

B dah tak menentu dengan kehidupan B keluarga B seolah-olah marah & benci pada B. B dah macam dibuang keluarga. B sendiri beri surat pada keluarga B dengan luahan hati B.

*************************************
: Itulah isi surat tersebut. Saya tak sedih jauh sekali menangis. Saya dah biasa dengan ayat2 dia memburukkan semua isterinya. Mana perginya isteri2 lain? Kenapa tak sertakan sekali? Sebab dah lebih dari 4 orang yang dibenarkan Islam bukan?

Mengenai isteri lain yang disertakan di atas juga semuanya tipu belaka..pandai sungguh Mr R berbicara. Memang manis sekali.

Bermain dengan nama Allah. TAK TAKUTKAH DIRIMU WAHAI MR R KEPADA PENCIPTAMU ITU??

Bukankah dirimu katakan kepada (Sofea) yang diri ini hanya bekas tunangmu. Jadi bagaimana datangnya si kembar itu?

Mr R..pasti dirimu tak sangka surat itu sampai ketanganku..fikirlah..betapa terhadnya usahamu berbanding ketentuan Allah..

Amat yakin dirimu sekarang sedang membaca coretan ini. Fikir2kanlah..
Yap..dirimu sungguh ‘sempurna’ sehingga tiada yg baik bagi istri2mu..

P/s :Mr R tak berhenti menipu. Terbaru penipuannya. Insha Allah sy akan public kan dalam waktu terdekat. Lihatlah..adakah kita mesti terus menutup semua ini dengan membiarkan insan2 di luar sana terus tertipu..fikir2kanlah..

https://www.facebook.com/nuratika.mohdharis/posts/10200280802003915

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.