Cerita keenam

Nur Atika Mohd Haris
28 October 2012

Assalamualaikum wbt..bertalu2 mesej masuk ke dalam inbox..soalan yg hampir sama iaitu siapa ‘sha’ or lebih tepat dgn panggilan ‘su’..

Ikutkan rasa hati tak mahu dah mengingati peristiwa pertama kali bertemu dengan wanita tersebut. Tapi mesej yg brtalu2 masuk itu mnjadikn saya brfikir 2 3 kali..saya memilih utk mnceritakannya. Jika anda masih ingt status saya sebelum ini yg mnceritakan istri suami saya yg pertama kali saya kenali sebelum istri2 yg lain..yap..kak su panggilan yg saya gunakan untuknya..
Perkenalan pertama melalui telefon..sewaktu sandiwara sang suami mulai terbuka..kedengaran esak tangisan dihujung talian..simpati terhadap wanita tersebut bercampur dengan perasaan terkejut mengetahui ada wanita lain di samping suami.

Di pendekkan cerita, saya bersama abang dan kakak angkat saya ke rumah kak su bagi menziarahinya. Kak su dan anak2nya berada dalam rumah. Saat sampai di muka pintu rumahnya, saya terus mencium tangannya ibarat seorang adik.pada saat itu perasaan sayang mulai brtebaran pada seluruh anggota terhadap wanita di hadapan saya itu. Mengamati setiap wajah anak2 kak su..hinggalah ke wajah seorang anak kecil yg wajahnya amat mirip dengan suami saya..tangan ringan membelai si anak kecil tersebut. Kata kak su,itulah anaknya bersama razis..yg lain adalah anak dengan suami yg pertama..ingin menyelami perasaan si isteri yg ditinggalkan suami..kak su mula bercrita yg lebih kurang begini dialognya pada saya.. “razis lama dah tak balik rumah..dia tinggalkan kami..lama dah akak tak tengok dia.lagipun akak dengan dia dah tak ada apa2.dia dah ceraikan akak” .perasaan simpati pada wanita trsebut dan anak2nya…wahai suamiku..mengapa lukai kakak ini? Soalan yg menerjah fikiranku..sewaktu ingn pulang..kak su menangis menemani pemergianku..
Saya pulang ke rumah dan berterusan bermesej dengan kak su..hubungan kami semakin rapat..berterusan memberinya sokongan..

Tak lama selepas itu Allah kenalkan pula saya dengan istri suami saya lain..daripada situ saya tahu yg saya selama ini dipermainkn oleh kak su..apabila kak su mngetahui tembelangnya pecah,dia menukar nombor telefon..aduh sedihnya..trbayng wajah sedih kak su sewaktu mnceritakan kisah ‘malang’ yg menimpa dirinya..aduh..tipah tertipu rupanya..
Sekarang ini saya dapat tahu lagi kak su mengandungkan lagi anak suami..hnya mampu mengucap pnjang..bukan marah dia mnjadi salah seorang istri suami tapi rasa trkilan dipermainkan olehnya..sebelum ini dia juga prnah mngatakan dia dengan suami dah tak ada apa2..suami juga berkata demikian..namun mana datangnya anak dalam kandungan itu?..bukankah berterus-terang lebih baik..

Jika kak su membaca post ika kali ini, datanglah berjumpa ika..ika harap sangat kak su tak tipu ika lagi..kak su fikirlah masa depan anak2 kak su..kak su bukan sahaja membohongi ika bahkan pada istri mohd razis yg lain..berkata benarlah wahai kak su..tanpa mohd rzis pun kak su masih boleh hidup..dah ika katakan ika sayangkan kak su sebagai kakak..hubungi ika jika kak su baca post ika ni

https://www.facebook.com/nuratika.mohdharis/posts/4796659875612

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.